KuewTiow Kantonis Tersedap di Seremban!!

KuewTiow Kantonis Tersedap di Seremban!!

Baru-baru ini, di tempat tinggal saya ada satu Restoran Chinese Muslim dibuka. Saya macam biasa lah memang suka mencuba pelbagai jenis makanan, lebih-lebih lagi makanan bukan Melayu. Janji ianya halal, dah tentu saya nak try!!



Kedai ni jual pelbagai makanan, ada nasi ayam, nasi putih berlauk dan masakan kueytiaw/yee mee.
saya pada mulanya memesan yee mee kantonis, dan suami memesan nasi ayam hainan. Harganya standard boleh saya katakan.. tidak terlalu mahal.. yee mee kantonis pertama kali makan saya sudah jatuh cinta, tetapi ada sedikit masin.. kuahnya sudah cukup rasa, tetapi disebabkan yee mee sudah sedia ada rasa masin, jadinya ada terlebih sikit asin.. 

The next saya order kuey tiow kantonis pula.. mmg ngam lah dengan tekak saya!. 100% sedap ditekak saya.
Bagi nasi ayam hainan pula, bagi saya rasanya ok sahaja.. kalau dalam 10 bintang, boleh beri 7/10..


Resepi Kuey tiow Kantonis drp saya

1. kuey tiow, di goreng bersama kicap pekat.. gaul rata2.. tanpa letak apa2 perisa

2. Bawang putih 1 biji di ketuk
3.lauk udang, ayam, fishcake
4. sayuran sawi... boleh tambah apa2 sayur yg berkenan di hati
5. sos tiram, garam,gula, sedikit aji
6. sebiji telur
7. tepung kanji/tepung jagung

caranya

Kuahnya,

1. tumis bawang putih sehingga kekuningan
2. masukkan air 1 mangkuk
3, masukkan lauk udang,ayam (potong kecil) fishcake
4. masukkan sayur.
5. masukkan sos tiram 1 sudu kecil, garam,gula, sedikat aji(jika mahu) secukup rasa
6. tepung ubi/jagung, 1 sudu besar, digaul bersama air sedikit, kemudia tuang ke dalam kua tadi.
7. setelah kuah melegak, tuang sikit demi sedikit telur yang sudah di kacau kedalam kuah.

8, tuang kuah kedalam kueytiow berkicap tadi..
dah siap..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa maksud Lekor? Biasa kita sebut keropok lekor.. Tapi apa makna sebenarnya ya?

Kenapa di panggil nasi kerabu?